Monday, April 11, 2011
Latihan Lisan I
Para pelajar arif budiman,
Sila lihat gambar di bawah ini. Kemudian, berikan dapatan kamu berdasarkan soalan-soalan yang diberikan.
1. Apakah jenis hubungan para pelaku di dalam gambar ini? Mengapa mereka bersama?
2. Apakah yang dilakukan oleh setiap pelaku di dalam gambar tersebut?
3. Pada pendapat kamu, adakah aktiviti ini sesuai dilakukan? Mengapa?
Berdasarkan soalan-soalan yang diberikan, masukkan dapatan kamu di dalam entri ini. Letakkan tajuk : Latihan Lisan I - Nama Kamu.
Setelah itu, kamu perlu membaca dapatan kawan kamu. Sila komen entri setiap kawan kamu. Berikan komen seperti ini....
1. Apakah yang menarik tentang dapatan kawan kamu?
2. Bagaimana dapatan kawan kamu boleh diperbaiki?
Tugasan ini harus dilakukan dan diselesaikan pada hari ini, sebelum selesai kelas Bahasa Melayu. Terima kasih.
Salam mesra
Cikgu Azizah.Ahmad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment