Cerita ini adalah tentang seorang perempuan yang bernama Bawang Putih dan kakaknya, Bawang Merah. Bapa mereka, Pak Ali, mempunyai dua isteri, dan dua anak. Walaupun dia seorang bapa yang adil, dia lebih menyayangi Bawang Merah, kerana dia selalu berbudi bahasa dan amat menyayangi bapanya. Apabila Pak Ali meninggal, ibunya Bawang Putih menjadi ketua mereka dan selalu meneksa Bawang Merah. Ibunya Bawang Merah cuba menyelindunginya, tetapi, tidak lama lagi, dia juga meninggal dunia kerana dilemaskan ibunya Bawang Putih. Bawang Merah berasa amat sedih kerana ibubapanya sudah meninggal duia dan ibu tirinya, ibunya Bawang Putih, amat bencinya, tetapi Bawang Merah masih bersabar. Pada suatu hari, Bawang Merah pergi ke perigi mereka dan menyanyi. Seekor ikan terdengarnya dan mula bercakap dengannya. Ikan itu adalah nyawa arwah ibunya. Setiap hari, Bawang Merah pergi ke perigi itu untuk bercakap dengan ikan itu tetapi, akhirnya, Bawang Putih dan ibunya ternampak ikan itu dan menangkapnya.
Ibunya Bawang Putih memasaknya dan memberinya kepada Bawang Merah untuk makan. Apabila Bawang Merah tersedar hajat ibu tirinya, dia berasa sungguh sedih dan mengebumikan tulang ikan itu di hutan. Keesokan hari itu, tulang itu telah menjadi sebuah pokok dengan sebuah buaian. Setiap hari, dia akan berbuai dan menyanyi. Pada suatu hari, seorang putera terdengarnya dan mahu berkahwin dengannya. Walau pun ibunya Bawang Putih cuba sembunyikan Bawang Merah, akhirnya, mereka dikahwinkan, dan Bawang Merah menjadi seorang puteri yang amat gembira. Daripada cerita ini, saya belajar bahawa, kalau kamu tetap sabar dalam keadaan yang susah, akhirnya, kamu akan dapat ganjaran yang amat baik.
Daripada,
A collection of Malaysian Folktales
No comments:
Post a Comment