Friday, June 3, 2011

Lagenda Alam Melayu - Pak Pandir dan Mak Andeh oleh Md Mirza



Ringkasan Cerita

Pertama, kisah-kisah tentang Pak pandir dan Mak Andeh ada banyak dan mereka semua adalah kisah yang kelakar. Watak utama dalam cerita ini semua adalah Pak Pandir. Dia yang selalu membuat lucu kerana dia tidak tahu banyak benda, dia tidak begitu bijak dan ramai katakan yand dia adalah seorang yang bodoh dan selalu tidak berfikir sebelum membuat sesuatu, atau dia langsung tidak berfikir. dalam kidah-kisah Pak Pandir juga, dia sering menggangu dan membuat masalah kepada keluarganya dan yang selalu dianyiayakan adalah isteri pak pandir iaitu Mak Andeh.

Satu Cerita seperti contoh kepada kebodohan Pak Pandir adalah, cerita, Pak Pandir Dan Ubi Kayu.

Suatu hari, Pak Pandir pergi panggil wartawan untuk datang ke rumahnya. Bila Wartawan-wartawan itu sampai, mereka pun bertanya apa yang begitu menarik di rumah pak pandir ini.

Pak pandir pun kata, "Tengok ni, aku tanam pokok rambutan tapi keluar pokok ubi kayu... hehehe."

Wartawan pun rasakan yang kejadian ini amat pelik. Dia mahu Pak pandir menceritakan tentang kejadian ini. Pak pandir pun katakan, "5 bulan dahulu, aku tanam pokok rambutan di sini. Aku ingat lagi kerana aku letakkan tandanya di sini." Wartawan itu pun bertanya, "Dengan apa pakcik gunakan untuk tandakannya"
Pak Pandir pun jawab, "Kayu Ubi..."

Ini adalah sebuah contoh kepada kebodohan Pak Pandir, sudah tentu Pokok Ubi kayu itu keluar kerana dia letakkan ubi kayu di situ.

Bahan Rujukan

(cerita-cerita Pak Pandir)
(Cerita Pak Pandir dan Ubi Kayu)
(Informasi/Cerita tentang Pak Pandir)

1 comment:

  1. Cikgu... saya tak tahu jikalau lagenda ini ada pelajarannya kerana saya tidak boleh jumpa apa-apa... >.<

    ReplyDelete