Wednesday, January 12, 2011

Sesi Bacaan Minggu 2 - anak seni


Para pelajar arif budiman,

Sila baca cerita yang diberi. Cerita ini boleh didapati daripada lelaman NLB. Kamu dikehendaki mengenalpasti beberapa perkara dalam cerpen ini.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan anak seni?

2. Siapakah watak-watak yang terdapat dalam cerita ini?

3. Apakah pengajaran yang boleh diraih daripada cerita ini?

4. Apakah perkara yang boleh diterapkan dalam kehidupan kamu?

Sila letakkan catatan kamu dalam di bahagian Comments. Tugasan ini perlu diselesaikan sebelum hari Isnin, 17 Januari 2011.

Terima kasih.


Salam mesra,
Cikgu Azizah.Ahmad

6 comments:

  1. 1)Anak seni adalah seorang anak yang melakukan perkara seni yang dilakukan oleh orang tuanya.

    2)Ezani, Tuk Kasim, Encik Azlan, Puan Norma, Adlin, Eija, Annie, Eddy Lee, Ain, Mak Tun, Pak Ayub.

    3)Untuk mencapai sesuatu yang kita mahu, kita tidak boleh putus asa dan harus tetap percaya yang kita boleh membuat perkara itu. Kadang-kala, kita akan menghadapi masalah-masalah, janganlah kita terus putus asa dan berasa sedih. Kita patut tetap mencuba.

    4)Perkara yang boleh diterapkan dalam kehidupan saya adalah, saya harus selalu bersikap tidak berputus asa dan sering mencuba walaupun ada masalah yang dihadapi...



    (minta maaf, saya hantar pada hari isnin... (12.10a.m.)...)

    ReplyDelete
  2. 1) "Anak Seni" digunakan kerana dia membuat seni yang diturunkan beberapa generasi kepadanya.

    2) Ezani Azlan ialah watak utama, Kasim Affendy ialah saudara marahnya yang pemain biola yang terkenal, dia mengajar Ezani bagaimana bermain biola, Pak Ayub, Ain, Mak Tun, Eija, Adlin, Eddy Lee, Annie

    3) Kita mesti bersikap genggam bara api biar sampai menjadi arang dan selalu berusaha.

    4) Untuk berusaha dan mencapai impian.

    ReplyDelete
  3. 1) Anak seni adalah cucu seorang seniman katakan.

    2) Ezani adalah watak utama, dan watak-watak lain adalah Tuk Kasim, Ain, Pak Ayub, Mak Tun, Puan Norma, Encik Azlan, Adlin, Eija, Annie dan Eddy Lee.

    3)Untuk mencapai impian kita, kita harus percaya diri kita dan jangan kehilangan iman. Tidak hanya itu, kita pun harus bercuba dan berusaha untuk mencapai impian.

    4) Kita harus mencuba walaupun menghadapi masalah dan berusaha bersungguh-sungguh agar boleh berjaya mencapai impian kita.

    ReplyDelete
  4. 1)Anak seni adalah seorang budak yang mengikuti orang tuanya dengan melakukan seni.

    2)Tuk Kasim
    Ezani
    Pak Ayub
    Ain
    Mak Tun
    Encik Azlan
    Puan Norma
    Annie
    Eddy lee
    Adlin
    Eija

    3)Jika kami mempunyai sesuatu hobi atau aktiviti yang kami minati kami mesti tidak putus asa membuat aktiviti itu jika aktiviti itulah adalah impian kami.

    4)Kami tidak mesti putus asa dan terus bertekun walaupun dihina orang lain.

    ReplyDelete
  5. 1) Anak Seni ialah seorang anak yang buat seni yang orang tuanya laku.

    2) Watak-watak yang ada di dalam cerita ini adalah, Tuk Kasim, Ain, Pak Ayub, Encik Azlan, Mak Tun, Adlin, Puan Norma, Eija, Annie dan Eddy Lee.

    3)Pengajaran yang boleh diraih daripada cerita ini ialah, kalau kami hendak mencapai sesuatu kami mesti cuba dan tidak putus asa dalam aktiviti sesuatu yang kita buat.

    4)Perkara yang boleh diterapkan dalam kehidupan kamu ialah, kami mesti cuba dan tidak putus asa.

    ReplyDelete
  6. 1. Anak seni adalah seorang budak yang membuat seni yang dibuat oleh orang tua

    2.Ezani,Ain,Tuk Kasim,Pak Ayub,Encik Azlan,adlin,annie, eddy,Mak Tun,puan noma dan Eija.

    3.Kita harus tidak berputus asa apabila kami membuat sesuatu aktiviti untuk berjaya dalam aktiviti itu.

    4.Kami mesti membuat semua aktiviti dengan 'passion' dan tidak berputus asa apabila ia menjadi sukar.

    ReplyDelete