Saturday, January 15, 2011

Minggu 3 - Lisan (Video 1-Pelajar A); Nilai Moral

Para pelajar arif budiman,

Ini adalah video bagi latihan lisan (1) di dalam kelas.

Soalan Rangsangan :
1. Apakah yang sedang berlaku di dalam video ini?
2. Berdasarkan video ini, apakah yang dialami watak-watak tersebut?
3. Pada pendapat kamu, apakah yang ingin disampaikan melalui video ini?


Sila berbincang dengan pasangan kamu. Setiap pelajar diperlukan menggunakan 3-5 minit untuk latihan ini.

Selepas latihan lisan ini, kamu dikehendaki membuat catatan di bahagian Comments berdasarkan
1. Pengalaman mendengar penjelasan kawan ATAU
2. Pengalaman melalui latihan itu.

Tiada had bagi catatan kamu itu. Ia harus dibuat pada waktu kelas.

Terima kasih.

Cikgu Azizah.Ahmad

6 comments:

  1. 1) Penyani sedang dalam koma dan takut dia tidak boleh mengekspresi cinta dan kasih sayangnya kepada orang yang dia suka macam keluarganya, kawannya.
    2) Mereka semua rasa sedih kerana penyanyi di koma. Roh penyanyi sedang menyanyi lagu ini jadi dia pun rasa sedih.
    3) Saya rasa apa yang ingin disampaikan oleh penyanyi ini ialah untuk meluahkan perasaan dan mengekspresi cinta kita kepada sumua yang kita nilai di dalam hidup kita.

    ReplyDelete
  2. 1) Seseorang lelaki telah menghadapi koma dan telah menjadi roh yang sedang menjalan-jalan. Roh itu menuju ke arah kekasihnya lalu mahu bercakap perasaannya.

    2) Semua kekasihnya berasa sedih kerana risau untuk lelaki itu yang di dalam koma.

    3) Saya rasa video ini tentang orang yang menyesal apabila dekat mati dan mahu bercakap tentang cintanya kepada semua kekasihnya.

    ReplyDelete
  3. 1)Di dalam video ini, seorang lelaki dalam keadaan koma dan dia mahu meluahkan perasaan yang disimpan dalam hatinya.

    2)Dalam video ini watak-watak ada sifat kasih sayang antara satu sama lain.

    3)Video ini mahu menyampaikan kepada orang lain adalah supaya tidak simpan perasaan di dalam hati

    ReplyDelete
  4. Saya tidak datang hari ini.

    ReplyDelete
  5. 1)Video ini ada seorang lelaki yang sedang berkata-kata dengan keluarganya yang sedang menangis. Dia seperti mahu mengatakan sesuatu tetapi semua orang tidak layannya, Lelaki itu sebenarnya menghadapi koma.

    2)Watak-watak semua kelihatan amat sedih dan sedang menangis. Mereka pun teringat dan terbayang-bayang dalam fikiran bahagia. Mereka teringat masa-masa yang bahagia sebelum kejadian koma terjadi.

    3)Penyanyi ini mahu semua orang berterimah kasih dengan keluarga dan kawan-kawan yang dikasihi mereka sebelum mereka tidak boleh membuat itu.

    ReplyDelete
  6. http://www.youtube.com/watch?v=nqCP6K5dqiE

    ReplyDelete