Saturday, January 15, 2011

Minggu 3 - Lisan (Video 2-Pelajar B); Nilai Moral

Para pelajar arif budiman,

Ini adalah video bagi latihan lisan (1) di dalam kelas.

Soalan Rangsangan :
1. Apakah yang sedang berlaku di dalam video ini?
2. Berdasarkan video ini, apakah yang dialami watak-watak tersebut?
3. Pada pendapat kamu, apakah yang ingin disampaikan melalui video ini?


Sila berbincang dengan pasangan kamu. Setiap pelajar diperlukan menggunakan 3-5 minit untuk latihan ini.

Selepas latihan lisan ini, kamu dikehendaki membuat catatan di bahagian Comments berdasarkan
1. Pengalaman mendengar penjelasan kawan ATAU
2. Pengalaman melalui latihan itu.

Tiada had bagi catatan kamu itu. Ia harus dibuat pada waktu kelas.

Terima kasih.

Cikgu Azizah.Ahmad

5 comments:

  1. Pengalaman mendengar penjelasan Aisyah...

    Aisyah terhenti-henti masa dia hendak mengatakan sesuatu dan sering harus memikir perkataan yang sesuai untuk apa yang dia hendak katakan. Kadangkala pun, dia memberi jawapan yang terlalu pendek... :P

    ReplyDelete
  2. Pengalaman mendengar penjelasan Abu,

    Abu boleh bercakap banyak tetapi sedikit lembut. Dia pun berhenti kalau dia tidak tahu berkata sesuatu perkataan di dalam Bahasa Melayu. Dia boleh luaskan kosa katanya supaya boleh memberi penjelasan yang lebih baik.

    ReplyDelete
  3. Pengalaman mendengar Mohit dan Izzat

    Saya rasa Izzat sangat konfiden dengan cakap melayu dan dia berfikir tentang apa dia hendak sebut. Mohit lancar dalam cakapannya tetapi saya rasa mereka mesti mengimprovasi dengan di mana mereka berhenti di cakapan mereka.

    :D

    ReplyDelete
  4. Pengalaman mendengar penjelasan Abu.

    Abu boleh kata banyak tetapi berhenti dan ketawa terlalu banyak kali.

    ReplyDelete
  5. Mikhael

    Saya tidak datang hari ini.

    ReplyDelete