1. Apakah jenis jubungan para pelaku di dalam gambar ini? Mengapa mereka bersama?
Para pelaku di dalam gambar ini adalah sekeluarga, dan mereka sedang mengadakan perkhemahan bersama-sama. Tempat ini adalah hutan berdekatan dengan pantai dan ia mungkin akhir minggu ataupun cuti sekolah, kerana terdapat seorang budak di situ juga.
2. Apakah yang dilakukan oleh setiap pelaku di dalam gambar tersebut?
Para pelaku di dalam gambar tersebut sedang membakar makanan, bermakan dan mereka juga sedang bercakap antara satu sama lain. Dari kelihatan di muka mereka, mereka berasa gembira pada masa itu kerana dapat meluangkan masa bersama-sama pada hari itu. Budak yang di dalam gambar tersebut pula, sedang berjalan ke arah tempat membakar makanan untuk mendapatkan makanan tersebut.
3. Pada pendapat kamu, adakah aktiviti ini sesuai dilakukan? Mengapa?
Pada pendapat saya, aktiviti ini sesuai dilakukan, kerana aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan antara keluarga mereka. Ia juga sesuai, kerana semua orang dalam keluarga ini kelihatan seronok dan mereka semua kelihatan selesa dalam keadaan seperti ini. Tiada orang yang kelihatan merajuk kerana tidak gemar berkhemah di hutan, atau telah diabaikan dalam keluarga ini.

No comments:
Post a Comment