Thursday, April 28, 2011

Pilihanraya 2011 - pengalaman saya


Para pelajar arif budiman,

Pada hujung minggu ini, bahang pilihanraya semakin terasa. Ada baiknya kita menggunakan peluang ini untuk mengalami apa yang katakan pilihanraya. Ada tugasan yang perlu dilakukan. Sila luangkan masa untuk mengikuti acara-acara pilihanraya bagi mana-mana parti yang kamu inginkan.

Tugasan A

1. Kamu boleh menghadiri 'rally' secara fizikal. Bagi tugasan ini, sila pastikan kamu mendapatkan keizinan daripada ibu bapa kamu.

ATAU

2. Kamu boleh melungsuri lelaman internet untuk mengikuti apa yang dibincangkan dalam sesi 'rally' yang diadakan.


Tugasan B

1. Berikan komen-komen kamu pada soalan-soalan ini.
Soalan 1 : Apakah yang kamu lihat dalam acara 'rally' tersebut?
Soalan 2 : Apakah reaksi para penonton pada ketika itu?
Soalan 3 : Apakah yang kamu rasa apabila mengikuti 'rally' tersebut?
Soalan 4 : Apakah yang kamu pelajari daripada aktiviti?



2. Letakkan komen-komen kamu di ruang 'Comment' di bawah entri. Kamu diberikan hingga Khamis, 5 Mei 2011.

Salam mesra

Cikgu Azizah.Ahmad

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Saya telah lihat semua "Rally" ini di dalam internet... Saya terasa sedih selepas baca apa yang tersebut di dalam "rally-rally" ini. Kenapa? Ia kerana The Workers Party sebut PAP dalam semua "rally" mereka dan tidak kata bagaimana mereka lebih baik daripadanya dan PAP juga membuat sama dalam semua "rally" mereka... The Workers Party hendak Singapura menjadi sebuah negara yang ada persamaan dengan keduitan, perumahan dan lebih lagi dan PAP hendak Singapura lebih baik untuk warga emas. Saya rasa WP sedang "target" orang muda kerana mereka kata tentang merendahkan bayaran wang untuk membeli rumah tetapi bapa saya yang kerja di HSR kata mereka tidak boleh buat sesuatu juga... Saya tahu di dalam semua "rally" ini, Janjian mereka boleh dipecahkan, jadi kita perlu harapan baik. Saya harap kedua-dua parti ini akan berhenti bergaduh dalam "rally" mereka di masa depan dan katakan pada kita kenapa kita mesti memilih mereka.

    ReplyDelete