Thursday, October 27, 2011

Tugasan Cuti Sekolah (Nov/Dis)

Para pelajar arif budiman,

Ini adalah tugasan-tugasan untuk cuti persekolahan bulan November/Disember. Kamu telah diberikan salinan tugasan ini pada hari Khamis, 27 Oktober 2011, semasa penyemakan kertas peperiksaan akhir tahun.

Tugasan Lisan - 3 tugasan
Objektif : mempersiapkan diri untuk lisan.


Tugasan
- Pelajar perlu merakamkan bacaan lisan (teks bacaan) yang terbaik dengan menggunakan PhotoBooth - nama pelajar_teks

- Pelajar perlu merakamkan perbualan - gambar (berdasarkan soalan rangsangan) dengan menggunakan PhotoBooth - nama pelajar_gambar

- Pelajar perlu merakamkan perbualan - topik (berdasarkan soalan rangsangan) dengan menggunakan PhotoBooth - nama pelajar_topik


Tugasan ini harus diletakkan di Blog. Ia perlu disertakan dalam entri yang berasingan (Entri Bacaan, Entri Gambar, Entri Perbualan) selewat-lewatnya 25 November 2011, pukul 9 malam.




Tugasan Bacaan - 2 tugasan
Objektif : memperkasakan kosa kata.


Tugasan
- Pelajar perlu membaca sekurang-kurangnya dua buah buku cerita yang mempunyai tema persahabatan dan/atau hubungan keluarga.

Selepas membaca, para pelajar perlu membuat ulasan buku. Dalam ulasan buku, beberapa soalan harus dijawab. Ulasan ini haruslah sekurang-kurangnya 200 patah perkataan.

Soalan-soalan :
Siapakah watak-watak utama dan watak-watak sampingan?
Dalam cerita ini, apakah yang dimaksudkan dengan hubungan persahabatan &/ hubungan keluarga?
Jelaskan dua pengajaran yang dipelajari daripada cerita ini.


Tugasan ini harus ditaip dan diemel kepada Cikgu Azizah. Ia boleh dibuat dalam program Word atau Pages. Sila sertakan Nama, Kelas, Tajuk Buku, Penulis Buku. Ia harus dihantar selewat-lewatnya 2 Disember & 9 Disember 2011, pukul 9 malam.


Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Tuesday, October 4, 2011

Pengingatan

Khamis Ini, Harap hantar fail melayu dengan semua karangan.

Peperiksaan
Kertas 1 :
Boleh menggunakan Kamus
MESTI tulis nombor soalan (Atau potong 2 markah jika tiada soalan)

Kertas 3:
Kefahaman Mendengar
Membawa Pensel

Thursday, August 4, 2011

Tuesday, August 2, 2011

Minggu Ujian (Week 9)

Imbuhan  - 10 soalan
Prosedur close - 10 soalan
Kefahaman subjktif - 5 soalan
Kosa Kata - 3 soalan (frasa- berikan )

Thursday, July 14, 2011

Minggu Ujian (Minggu Kelima)

Ujian Melayu akan diadakan pada hari Selasa

Apa yang akan diuji: E-mel tidak formal

Masa:50 min

Ujian Lisan


Akan diadakan pada hari yang sama,26 Julai

Mula 2.15 petang

Akan diadakan di Kelas Melayu

Thursday, July 7, 2011

Acara Bulan Bahasa

Salam semua,

Ini adalah aktiviti-aktiviti yang dicadangkan untuk para pelajar. Acara ini pasti akan memanfaatkan penguasaan Bahasa Melayu kita. Kamu digalakkan untuk menyertai acara-acara berikut jika ada kelapangan.

Acara-acara

1. Memperkaya Bahasa dan Sastera - Sekilas Bersama Rasiah Halil

Tarikh : Sabtu, 16 Julai 2011
Tempat : Balai Rakyat Dover . Blk 1 Dover Road . #01-300 . (130001)
Masa : 11.30 pagi.

Tiada bayaran dikenakan .


2. Bengkel Dikir Barat

Tarikh : Sabtu, 16 Julai 2011
Tempat : Balai Rakyat Dover . Blk 1 Dover Road . #01-300 . (130001)
Masa : 3.00 petang .
Bayaran : $5.00/kumpulan (1 kumpulan- 6 org)

Bengkel Dikir Barat ini akan dikendalikan oleh Cikgu Djohan Abdul Rahman daripada Kumpulan Dikir Barat Andika yang telah memenangi beberapa kejuaraan di pertandingan Dikir Barat . Para peserta bengkel akan didedahkan kepada perkara-perkara asas dalam dikir barat seperti alat-alat yang digunakan, watak-watak dalam dikir barat serta menulis lagu dan
lirik dalam dikir barat. Para peserta juga akan berpeluang menunjukkan bakat diakhir bengkel dengan membuat persembahan. Sijil Penyertaan juga akan diberikan .

Mungkin kita boleh mempraktikkan apa yang dipelajari dalam bengkel ini dalam membuat persembahan untuk acara sekolah.


3. Gema Puisi

Tarikh : Sabtu, 23 Julai 2011
Tempat : Kelab Masyarakat Telok Blangah , 450 Telok Blangah St 31 (108943)
Masa : 3.00 petang

Tiada bayaran dikenakan .

Persembahan deklamasi serta lagu-lagu puisi daripada para pelajar dan juga penulis-penulis mapan & tempatan .
Penulis mapan yang akan hadir termasuklah Md Khair Md Yassin, Iswardy, Johar Buang dan ramai lagi . Inilah kesempatan untuk para pelajar ini bersua dan berkongsi pengalaman dengan mereka .



Sila nyatakan kesediaan kamu pada acara-acara berikut, tandakan acara (1), (2) dan/atau (3) di ruang 'Comment'. Kamu dikehendaki memberi jawapan selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 9 malam.

Kita akan berjumpa di Pusat Pertukaran Bas Bukit Merah atau kamu boleh jumpa kami di tempat acara tersebut. Surat pengesahan ('consent form') akan diberikan pada minggu depan.




Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Thursday, June 23, 2011

Lagenda Alam Melayu - Nenek Kebayan oleh Aisyah


      Nenek Kebayan adalah seorand perempuan yang tua. Dia mempunyai kuasa ajaib seperti menjalma dan lenyap daripada suatu tempat ke tempat yang lain. Dia di dalam banyak lagenda melayu seperti 'Puteri Gunung Ledang' dan 'Batu Belah Batu Bertangkup'. Di dalam lagenda 'Puteri Gunung Ledang', dia adalah orang yang menjelma di Gunung Ledang dan menunjuk Sultan Melaka sebatang jalan ke puncak gunung itu. Di dalam lagenda ' Batu Belah Batu Bertangkup, dia adalah orang yang menolong Melur dan adiknya apabila ibu mereka telah 'dimakan' oleh batu tersebut.

Daripada,

A collection of Malaysian Folktales
http://en.wikipedia.org/wiki/Puteri_Gunong_Ledang_(film)
http://nenek-kebayan.livejournal.com/

Lagenda Alam Melayu - Bawang Putih & Bawang Merah oleh Aisyah



     Cerita ini adalah tentang seorang perempuan yang bernama Bawang Putih dan kakaknya, Bawang Merah. Bapa mereka, Pak Ali, mempunyai dua isteri, dan dua anak. Walaupun dia seorang bapa yang adil, dia lebih menyayangi Bawang Merah, kerana dia selalu berbudi bahasa dan amat menyayangi bapanya. Apabila Pak Ali meninggal, ibunya Bawang Putih menjadi ketua mereka dan selalu meneksa Bawang Merah. Ibunya Bawang Merah cuba menyelindunginya, tetapi, tidak lama lagi, dia juga meninggal dunia kerana dilemaskan ibunya Bawang Putih. Bawang Merah berasa amat sedih kerana ibubapanya sudah meninggal duia dan ibu tirinya, ibunya Bawang Putih, amat bencinya, tetapi Bawang Merah masih bersabar. Pada suatu hari, Bawang Merah pergi ke perigi mereka dan menyanyi. Seekor ikan terdengarnya dan mula bercakap dengannya. Ikan itu adalah nyawa arwah ibunya. Setiap hari, Bawang Merah pergi ke perigi itu untuk bercakap dengan ikan itu tetapi, akhirnya, Bawang Putih dan ibunya ternampak ikan itu dan menangkapnya.
     Ibunya Bawang Putih memasaknya dan memberinya kepada Bawang Merah untuk makan. Apabila Bawang Merah tersedar hajat ibu tirinya, dia berasa sungguh sedih dan mengebumikan tulang ikan itu di hutan. Keesokan hari itu, tulang itu telah menjadi sebuah pokok dengan sebuah buaian. Setiap hari, dia akan berbuai dan menyanyi. Pada suatu hari, seorang putera terdengarnya dan mahu berkahwin dengannya. Walau pun ibunya Bawang Putih cuba sembunyikan Bawang Merah, akhirnya, mereka dikahwinkan, dan Bawang Merah menjadi seorang puteri yang amat gembira. Daripada cerita ini, saya belajar bahawa, kalau kamu tetap sabar dalam keadaan yang susah, akhirnya, kamu akan dapat ganjaran yang amat baik.

Daripada,

A collection of Malaysian Folktales

Friday, June 3, 2011

Lagenda Alam Melayu - Puteri Gunung Ledang oleh Mirza


Rinkasan Cerita

Puteri gunung ledang adalah tentang sultan yang mahu berkhawin dengan suatu wanita.Wanita itu memberi sultan lima pekara mustahil untuk dia buat sebelum dia boleh berkhawin dengan dia.Pekaranya adalah, jambatan emas untuk dia berjalan ke Malacca dari gunung,jambatan perak untuk dia balik ke gunung dari Malacca, tujuh tempayan air mata “virgin”,tujuh tempayan jus kacang betel,tujuh dulang jantung kutu, tujuh dulang jantung nyamuk dan satu mangkuk darah anaknya. Sultan boleh buat semua pekara kecuali mangkuk darah anaknya kerana dia mesti membunuh anaknya.

Apakah pengajaran-pengajaran yang ingin disampaikan? Berikan dua pengajaran yang kamu perolehi.

Ia disampaikan untuk jangan terlalu bangga.Dalam cerita ini,Sultan terlalu bangga untuk lihat puteri memberi dia pekara mustahil sebagai cara menurun usulnya. Kalau dia tidak terlalu bangga, dia tidak akan membazir sumber yang diguna untuk membuat pekara itu.

Bahan rujukan - Bahan bacaan atau individu yang ditemuramah.

http://en.wikipedia.org/wiki/Legend_of_Puteri_Gunung_Ledang

Puteri Gunung Ledang(film,2004)

Puteri Gunung Ledang(film,1961)

Lagenda Alam Melayu - Mahsuri & Puteri Bunian oleh Abu Ubaidah



Ringkasan cerita


Mahsuri
 Mahsuri adalah seorang gadis yang amat cantik daripada Thailand dan berada di Langkawi. Ibu bapanya dapat beberapa manfaat sebelum dia dilahir sebagai bapanya telah bertemu dengan sebuah gua yang ada sarang burung (Birds Nest). Juga, semua sayur-sayuran yang ditanam oleh ibunya dapat dijual dengan amat cepat. Apabila Mahsuri dewasa, kepala kampung jatuh cinta kepadanya dan berbincang dengan isterinya tentang mendapat dua isteri. Isteri kepala kampung itu rasa marah dengannya dan membuat anaknya berkahwin dengan Mahsuri supaya suaminya tidak boleh berkahwin dengan Mahsuri . Anak Kepala kampung itu cinta Mahsuri dengan banyak dan sebelum dia disampai ke Phuket untuk sebuah misi dengan perintah bapanya, Mahsuri hamil dengan anaknya. Apabila suami Mahsuri luar negara, Ibu suaminya membuat sebuah rumor tentang Mahsuri. Dia bohong kepada kepala kampung tentang nampak Mahsuri berzina dengan seorang pendongeng. Mahsuri dieksekusi tetapi dia sumpah kampung itu untuk dapat nasib buruk untuk 7 generasi.




Puteri Bunian
Puteri Bunian adalah seorang puteri daripada dunia bunian yang jatuh cinta kepada seorang biasa dalam dunia kita. Dia adalah sebuah "Orang Bunian" atau "Elf" dalam bahasa inggeris. Orang bunian dapat hidup lebih daripada orang biasa dan Puteri Bunian ini membawa orang yang dia cinta dalam dunia bunian dan dia tidak dibenar keluar dari dunia itu. 




Apakah pengajaran-pengajaran yang ingin disampaikan? Berikan dua pengajaran yang kamu perolehi.


Untuk Mahsuri, Saya belajar kita mesti mebuat keputusan yang benar dan jikalau kita tidak tahu kebenaran, kita tidak boleh buat apa-apa juga. Saya juga belajar kecemburuan seorang boleh mengakibatkan kepada kematian orang lain, jadi, kita mesti mengawalkan emosi kita dengan baik.


Untuk Puteri Bunian, Saya rasa pengajaran yang boleh didapati ialah untuk buat apa yang kita boleh buat sahaja dan tidak pergi ke tepi untuk dapat sesuatu. Juga, Kita mesti berfikir tentang emosi orang lain apabila kita hendak mereka untuk menolong kita. 


Bahan rujukan 
Untuk Puteri Bunian
- http://www.pekanrabu.biz/t1697p350-berita-dunia-hiburan-10
- Bapa saya, Encik Eliase
- Rakan saya, Endang Mas Sari
- Saudara Marah saya, Puan Sapiya
- http://www.youtube.com/watch?v=YEwha-4nP-g
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Bunian
- Fatin 
Untuk Mahsuri
-http://books.google.com/books?id=09FgUMSg6b0C&pg=PA122&dq=mahsuri&hl=en&ei=3vXmTbPuCorqvQP5_sjwDQ&sa=X&oi=book_result&ct=book-preview-link&resnum=6&ved=0CEQQuwUwBQ#v=onepage&q=mahsuri&f=false
- The Legends of Langkawi (Buku)
-http://en.wikipedia.org/wiki/Mahsuri
-http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahsuri
- Muhd Hakeem

Lagenda Alam Melayu - Pak Pandir dan Mak Andeh oleh Md Mirza



Ringkasan Cerita

Pertama, kisah-kisah tentang Pak pandir dan Mak Andeh ada banyak dan mereka semua adalah kisah yang kelakar. Watak utama dalam cerita ini semua adalah Pak Pandir. Dia yang selalu membuat lucu kerana dia tidak tahu banyak benda, dia tidak begitu bijak dan ramai katakan yand dia adalah seorang yang bodoh dan selalu tidak berfikir sebelum membuat sesuatu, atau dia langsung tidak berfikir. dalam kidah-kisah Pak Pandir juga, dia sering menggangu dan membuat masalah kepada keluarganya dan yang selalu dianyiayakan adalah isteri pak pandir iaitu Mak Andeh.

Satu Cerita seperti contoh kepada kebodohan Pak Pandir adalah, cerita, Pak Pandir Dan Ubi Kayu.

Suatu hari, Pak Pandir pergi panggil wartawan untuk datang ke rumahnya. Bila Wartawan-wartawan itu sampai, mereka pun bertanya apa yang begitu menarik di rumah pak pandir ini.

Pak pandir pun kata, "Tengok ni, aku tanam pokok rambutan tapi keluar pokok ubi kayu... hehehe."

Wartawan pun rasakan yang kejadian ini amat pelik. Dia mahu Pak pandir menceritakan tentang kejadian ini. Pak pandir pun katakan, "5 bulan dahulu, aku tanam pokok rambutan di sini. Aku ingat lagi kerana aku letakkan tandanya di sini." Wartawan itu pun bertanya, "Dengan apa pakcik gunakan untuk tandakannya"
Pak Pandir pun jawab, "Kayu Ubi..."

Ini adalah sebuah contoh kepada kebodohan Pak Pandir, sudah tentu Pokok Ubi kayu itu keluar kerana dia letakkan ubi kayu di situ.

Bahan Rujukan

(cerita-cerita Pak Pandir)
(Cerita Pak Pandir dan Ubi Kayu)
(Informasi/Cerita tentang Pak Pandir)

Lagenda Alam Melayu - Badang oleh Mohit




Badang
Badang adalah seorang miskin yang tinggal berhampiran dengan Sungai Singapura. Setiap hari dia akan menggunakan perangkap ikannya untuk menangkap ikan di sungai itu.Pada satu hari, Badang berjumpa dengan tulang ikan yang ditangkap olehnyaPada keesokan hari,dia melihat seorang jin yang sedang berjalan ke perangkap ikan itu lalu makan ikan itu.Badang menjadi lebih marah daripada takut lalu mengancam jin itu bahawa dia akan bunuh dia.Jin itu menjadi takut dan memohon untuk dibiarkan pergi sambil menjanjikan untuk memberikan Badang berharap apapun. Badang mahu menjadi lelaki yang terkuat sekali tetapi sebelum itu dia mesti makan muntah jin itu supaya dia boleh menjadi kuat.Tidak lama kemudian, raja India menghantar orang yang terkuat di negerinya untuk 'duel' dengan Badang.Akhirnya Badang yang menang.Apabila Badang meninggal dunia,raja India menghantarkan dua plat batu marmar untuk memperingati kematiannya.

Pengajaran

Kita tidak harus menjadi sombong jika mempunyai lebih daripada orang lain.Kita juga harus bekerja dengan sungguh-sungguh jika mahu berjaya.

Bahan Rujukan

http://infopedia.nl.sg/articles/SIP_996_2006-04-05.html

Lagenda Alam Melayu - Naga Tasik Cini & Batu Belah Batu Bertangkup oleh Izzat Syahmi

Ringkasan cerita


Naga Tasik Cini

Pada zaman dahulu, orang Jakun telah tinggal jauh dari orang lain, lalu mereka dibiarkan untuk membuat apa-apa yang mereka hendak buat. Suatu hari, apabila mereka sedang mengolah tanah, tiba-tiba, seorang orang tua muncul. Dia telah menanam tongkat jalannya dan memperingatkan orang-orang itu supaya jangan mengeluarkan tongkat itu. Dengan rendah hati, orang Jakun itu lalu meminta maaf dan mereka meneruskan kerja mereka dengan kelulusan orang tua itu. Beberapa waktu kemudian, anjing mereka telah menyalak pada su

atu pokok yang membusuk tidak jauh dari daerah tersebut. Apabila mereka telah melemparkan ranting padanya, darah menyembur keluar dari pokok itu. Suatu badai raksasa pun datang lalu mereka melarikan diri. Seseorang dari mereka pun telah terlanggar tongkat orang tua itu, lalu air mancur menembak tinggi ke langit dan cepat mengisi daerah tersebut. Air itu menyembur keluar untuk beberapa tahun dan menjadi sebuah tasik, yang adalah rumah sebuah naga yang dipanggil Naga Seri Gumum, roh pokok itu.



Batu Belah Batu Bertangkup

Kononnya, pada waktu dahulu ada sebuah gua ajaib di daerah sambas, yang digelar batu belah batu bertangkup dan amat ditakuti oleh ramai penduduk kampung. Pintu gua ini boleh terbuka dan tertutup bila diseru dan sesiapa yang termasuk ke dalam gua itu tidak dapat keluar lagi. Melur dan Pekan adalah adik-beradik yang sedang bermakan apabila tiada lagi makanan untuk mereka. Pekan pun ambil makanan yang disimpan oleh maknya. Mak Tanjung berasa sedih apabila dengar Pekan ambil makanannya. Hatinya bertambah pilu apabila mengenangkan arwah suaminya dan merasakan dirinya tidak dikasihi lagi. Mak Tanjung pasti anak-anaknya tidak menyanyanginya lagi kerana sanggup melukakan hatinya sebegitu rupa. Dia menuju ke hutan lalu Pekan dan Melur mengejarkannya. Tetapi, mereka terlambat kerana Mak Tanjung lalu terus menyeru gua batu belah batu bertangkup agar membuka pintu dan sebaik sahaja Mak Tanjung melangkah masuk, pintu gua ajaib itu pun tertutup. Pekan dan Melur pun menangis dengan kesedihan.


Apakah pengajaran-pengajaran yang ingin disampaikan? Berikan dua pengajaran yang kamu perolehi.


Kita harus berhati-hati dengan apa yang kita lakukan dan tidak menimbulkan masalah kepada orang lain. Kita juga harus selalu menyayangi ibu bapa kita dan harus berasa gembira dengan apa yang kita dapati dari mereka.


Bahan rujukan - Bahan bacaan atau individu yang ditemuramah.


Naga Tasik Cini


Batu Belah Batu Bertangkup

Wednesday, May 18, 2011

Mini Performance Task - Tugasan Individu

Salam sejahtera para pelajar arif budiman,

Ini adalah arahan untuk tugasan bulan Jun. Ia adalah tugasan individu. Tugasan ini harus diselesaikan dan dihantar pada hari Jumaat, 3 Jun 2011 pada pukul 9 malam. Tugasan yang dihantar lambat akan dipotong markah - sila emel pada guru jika sudah memuat naik bahan ke dalam blog Melayu. Guru akan memaklumkan melalui emel.


Bahan-bahan yang akan dikongsi akan digunakan dalam 'Performance Task' pada bulan Julai nanti. Markah akan diberikan pada tugasan individu ini. Ia akan dimasukkan ke dalam 'Performance Task' kamu. Oleh itu, sila pastikan kamu memasukkan maklumat-maklumat yang terperinci dan menyeluruh.


1. Sila buat kajian tentang Lagenda dalam alam Melayu. Ini tugasan bagi setiap individu.


S.Mirza - Puteri Gunung Ledang
Mohit - Badang
M.Mirza - Pak Pandir & Mak Andeh
Izzat - Naga Tasik Cini & Batu Belah Batu Bertangkup
Mikhael - Pahlawan Melayu = Hang Tuah, Hang Jebat & rakan-rakan pahlawan (5 sekawan)
Aisyah - Nenek Kebayan & Bawang Putih & Bawang Merah
Abu - Puteri Bunian & Mahsuri


2. Bahan rujukan - buku, petikan akhbar, sumber internet mengenai lagenda yang kamu selidiki. Kamu juga boleh bertanya pada ahli keluarga tentang cerita-cerita tersebut.



3. Maklumat yang diperlukan :

A. Ringkasan cerita tersebut (tidak lebih daripada 100 patah perkataan)
B. Apakah pengajaran-pengajaran yang ingin disampaikan? Berikan dua pengajaran yang kamu perolehi.
C. Bahan rujukan - Bahan bacaan atau individu yang ditemuramah.



4. Letakkan dalam 'Subject Blog'

- Entri baru 'Lagenda Alam Melayu - ________(nama lagenda tersebut) oleh _______ (nama kamu)'
- Masukkan maklumat-maklumat yang dikumpulkan
- letakkan gambar-gambar yang sesuai (dalam dua atau tiga gambar)



5. Rubrik Pemarkahan (Markah Penuh : 20 markah)






Selamat Berusaha. Terima kasih.


Salam sayang,
Cikgu Azizah. Ahmad

Thursday, April 28, 2011

Pilihanraya 2011 - pengalaman saya


Para pelajar arif budiman,

Pada hujung minggu ini, bahang pilihanraya semakin terasa. Ada baiknya kita menggunakan peluang ini untuk mengalami apa yang katakan pilihanraya. Ada tugasan yang perlu dilakukan. Sila luangkan masa untuk mengikuti acara-acara pilihanraya bagi mana-mana parti yang kamu inginkan.

Tugasan A

1. Kamu boleh menghadiri 'rally' secara fizikal. Bagi tugasan ini, sila pastikan kamu mendapatkan keizinan daripada ibu bapa kamu.

ATAU

2. Kamu boleh melungsuri lelaman internet untuk mengikuti apa yang dibincangkan dalam sesi 'rally' yang diadakan.


Tugasan B

1. Berikan komen-komen kamu pada soalan-soalan ini.
Soalan 1 : Apakah yang kamu lihat dalam acara 'rally' tersebut?
Soalan 2 : Apakah reaksi para penonton pada ketika itu?
Soalan 3 : Apakah yang kamu rasa apabila mengikuti 'rally' tersebut?
Soalan 4 : Apakah yang kamu pelajari daripada aktiviti?



2. Letakkan komen-komen kamu di ruang 'Comment' di bawah entri. Kamu diberikan hingga Khamis, 5 Mei 2011.

Salam mesra

Cikgu Azizah.Ahmad

Wednesday, April 13, 2011

Latihan Lisan 1 - Aisyah

1. Apakah jenis jubungan para pelaku di dalam gambar ini? Mengapa mereka bersama?

Para pelaku di dalam gambar ini adalah sekeluarga, dan mereka sedang mengadakan perkhemahan bersama-sama. Tempat ini adalah hutan berdekatan dengan pantai dan ia mungkin akhir minggu ataupun cuti sekolah, kerana terdapat seorang budak di situ juga.

2. Apakah yang dilakukan oleh setiap pelaku di dalam gambar tersebut?

Para pelaku di dalam gambar tersebut sedang membakar makanan, bermakan dan mereka juga sedang bercakap antara satu sama lain. Dari kelihatan di muka mereka, mereka berasa gembira pada masa itu kerana dapat meluangkan masa bersama-sama pada hari itu. Budak yang di dalam gambar tersebut pula, sedang berjalan ke arah tempat membakar makanan untuk mendapatkan makanan tersebut.

3. Pada pendapat kamu, adakah aktiviti ini sesuai dilakukan? Mengapa?
Pada pendapat saya, aktiviti ini sesuai dilakukan, kerana aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan antara keluarga mereka. Ia juga sesuai, kerana semua orang dalam keluarga ini kelihatan seronok dan mereka semua kelihatan selesa dalam keadaan seperti ini. Tiada orang yang kelihatan merajuk kerana tidak gemar berkhemah di hutan, atau telah diabaikan dalam keluarga ini.

Tuesday, April 12, 2011

Latihan Lisan I-Mohit

1) Mereka mungkin sekeluarga yang sedang mengadakan perkhemahan di hutan dan dekat dengan laut.

2)Mereka di situ kerana mereka berkhemah dan sedang mengadakan barbeku.Ada sekumpulan orang yang sedang memyediakan makanan di barbeku itu sementara ada seorang yang sedang menantikan makanan itu dihidangkan.Ada beberapa budak kecil yang sedang bermain di air.

3)Aktiviti ini sesuai dilakukan kerana ini boleh mengeratkan hubungan di antara keluarga dan ini peluang untuk berbual-bual dengan ahli keluarga mereka.

Mirza 12/4

1. Apakah jenis hubungan para pelaku di dalam gambar ini? Mengapa mereka bersama?
Orang di dalam gambar ini telah berkhemah di hutan.Mungkin mereka berkhemah untuk menggunakan masa dengan keluarganya . Pada masa ini, ada banyak orang yang tidak menggunakan masa dengan keluarganya.Saya rasa ia baik untuk orang menggunakan masa dengan keluarga.

2. Apakah yang dilakukan oleh setiap pelaku di dalam gambar tersebut?
Orang di dalam gambar ini telah membuat sebuah barbequ. Ada tiga orang yang membakar makanan Mungkin mereka masak untuk makan siang.Di dekat mereka,ada tikar di lantai. Mungkin mereka menggunakan tikar itu untuk makan.Kedekatan mereka ada seorang budak perempuan yang basah. Mungkin perempuan itu baru berenang.

3.Pada pendapat kamu, adakah aktiviti ini sesuai dilakukan? Mengapa?
Pada pendapat saya, membuat aktiviti ini sesuai dilakukan.Ia penting untuk orang menggunakan masa untuk hubung dengan keluarga kita.

Pendapat saya :D



1. Apakah jenis hubungan para pelaku di dalam gambar ini? Mengapa mereka bersama?
Mereka sedang merapatkan hubungan mereka sekeluarga dengan membakarkan(barbeque) makanan banyak dan bermain air.

2. Apakah yang dilakukan oleh setiap pelaku di dalam gambar tersebut?
Anak dalam gambar ini bermain air, mereka diawasi oleh seorang wanita yang juga melihatkan lelaki lelaki dalam gambar ini yang sedang mengipaskan apa yang sedang dibakarkan.

3. Pada pendapat kamu, adakah aktiviti ini sesuai dilakukan? Mengapa?
Ya, ia sesuai dilakukan kerana ia mengeratkan hubungan antara keluarga dan membuat semua orang bersenang-senangan. :) 

Latihan Lisan I - Mirza

1) Mereka semua agaknya satu keluarga yang sedang berkemah di dalam hutan. Ini boleh terjadi pada percutian sekolah mereka dan mereka sedang membuat perkara-perkara seronok.

2)Ada tiga orang lelaki dewasa yang sedang membakar makanan-makanan. Agaknya ini adalah pada waktu tengah hari atau waktu untuk makan. Berdekatan mereka, ada seorang budak perempuan yang kelihatan basah kuyup dan seang memegang boya. Mungkin, berdekatan dengan tempat ini ada laut atau sungai yang mereka menggunakan untuk mandi dan bermain-main di dalam air. Di belakang gambar ini pula ada lagi seorang budak yang memegang boya dan seorang perempuan yang memakai tudung. Agaknya perempuan ini ibu mereka.

3) Pada pendapat saya, aktiviti ini memang sesuai dilakukan jika keluarga ini memang suka pergi luar untuk berkhemah atau membuat perkara lain. Dan juga, ia susuai jikalau ini adalah masa percutian atau akhir sekolah tetapi ia tidak begitu sesuai jika ia hampir peperiksaan kecuali untuk tenangkan diri.

Latihan Lisan I - Mikhael

1. Apakah jenis hubungan para pelaku di dalam gambar ini? Mengapa mereka bersama?

Pada pendapat saya, para pelaku dalam gambar ini adalah sebuah keluarga yang pergi berkelah. Mereka bersama kerana menghabiskan masa dengan para keluarga mereka.

2. Apakah yang dilakukan oleh setiap pelaku di dalam gambar tersebut?

Dalam gambar ini, ada orang yang masak makanan, bermain dalam kolam yang sebelah tempat berkelah itu and ada orang yang bercakap dengan orang lain.

3. Pada pendapat kamu, adakah aktiviti ini sesuai dilakukan? Mengapa?
Ya. Aktiviti ini sesuai untuk tempat itu. Orang boleh bermain di air dan masak di tempat sesuai di pantai atau hutan.

Latihan Lisan I - Izzat Syahmi

1. Apakah jenis hubungan para pelaku di dalam gambar ini? Mengapa mereka bersama?
Pada pendapat saya, saya rasa para pelaku di gambar ini adalah keluarga-keluarga yang telah menyiapkan sebuah piknik di tepi sebuah sungai. Saya rasa mereka bersama kerana mereka saudara-mara atau adik-beradik dan mahu beriang-ria sama-sama.
2. Apakah yang dilakukan oleh setiap pelaku di dalam gambar tersebut?
Dewasa yang lelaki sedang membakar makanan mereka supaya dapat makanan yang amat lazat untuk dimakan, lalu dewasa wanita sedang menjaga budak-budak yang hendak berenang di laut berhampiran mereka. Agaknya, dewasa-dewasa itu semua ibu bapa budak-budak itu.
3. Pada pendapat kamu, adakah aktiviti ini sesuai dilakukan? Mengapa?
Saya rasa aktiviti-aktiviti ini bagus kerana dapat menghabiskan masa dengan keluarga kita dan juga keluarga saudara-mara kita dengan bergembira. Kita boleh berehat dan juga berkongsi kegembiraan dengan orang semua. Aktiviti-aktiviti ini semua ini pun aktiviti yang saya gembira untuk mengadakan dengan keluarga saya.

Monday, April 11, 2011

Latihan Lisan I


Para pelajar arif budiman,

Sila lihat gambar di bawah ini. Kemudian, berikan dapatan kamu berdasarkan soalan-soalan yang diberikan.

1. Apakah jenis hubungan para pelaku di dalam gambar ini? Mengapa mereka bersama?

2. Apakah yang dilakukan oleh setiap pelaku di dalam gambar tersebut?

3. Pada pendapat kamu, adakah aktiviti ini sesuai dilakukan? Mengapa?

Berdasarkan soalan-soalan yang diberikan, masukkan dapatan kamu di dalam entri ini. Letakkan tajuk : Latihan Lisan I - Nama Kamu.

Setelah itu, kamu perlu membaca dapatan kawan kamu. Sila komen entri setiap kawan kamu. Berikan komen seperti ini....

1. Apakah yang menarik tentang dapatan kawan kamu?

2. Bagaimana dapatan kawan kamu boleh diperbaiki?

Tugasan ini harus dilakukan dan diselesaikan pada hari ini, sebelum selesai kelas Bahasa Melayu. Terima kasih.


Salam mesra
Cikgu Azizah.Ahmad

Saturday, February 26, 2011

Tugasan Hujung Minggu (26 Februari)


Para pelajar arif budiman,

Sila pastikan kamu membaca kesemua petikan akhbar yang diberikan. Kita akan bincangkannya minggu depan.

Terima kasih.

Salam mesra
Cikgu Azizah.Ahmad

Thursday, February 17, 2011

Pengumuman

Sila bawa semua ini pada hari Selasa 22 Februari!!!!

Bawa fail Melayu (Daripada 2010)

Bawa $5 untuk tiket GPA

Bawa kertas ujian (Yang telah ditandatangan)

Bawa kertas peribahasa. (Dibuat pembetulan)

BLEHBLEHBLEH :D

Thursday, February 10, 2011

Ujian Class 1 (Rabu,17 Februari 2011)

- Prosedur Cloze
- Peribahasa
- Kefahaman Subjektif
- Makna Frasa
- Bina Ayat

BLEHBLEHBLEH :D

Saturday, January 15, 2011

Minggu 3 - Lisan (Video 2-Pelajar B); Nilai Moral

Para pelajar arif budiman,

Ini adalah video bagi latihan lisan (1) di dalam kelas.

Soalan Rangsangan :
1. Apakah yang sedang berlaku di dalam video ini?
2. Berdasarkan video ini, apakah yang dialami watak-watak tersebut?
3. Pada pendapat kamu, apakah yang ingin disampaikan melalui video ini?


Sila berbincang dengan pasangan kamu. Setiap pelajar diperlukan menggunakan 3-5 minit untuk latihan ini.

Selepas latihan lisan ini, kamu dikehendaki membuat catatan di bahagian Comments berdasarkan
1. Pengalaman mendengar penjelasan kawan ATAU
2. Pengalaman melalui latihan itu.

Tiada had bagi catatan kamu itu. Ia harus dibuat pada waktu kelas.

Terima kasih.

Cikgu Azizah.Ahmad

Minggu 3 - Lisan (Video 1-Pelajar A); Nilai Moral

Para pelajar arif budiman,

Ini adalah video bagi latihan lisan (1) di dalam kelas.

Soalan Rangsangan :
1. Apakah yang sedang berlaku di dalam video ini?
2. Berdasarkan video ini, apakah yang dialami watak-watak tersebut?
3. Pada pendapat kamu, apakah yang ingin disampaikan melalui video ini?


Sila berbincang dengan pasangan kamu. Setiap pelajar diperlukan menggunakan 3-5 minit untuk latihan ini.

Selepas latihan lisan ini, kamu dikehendaki membuat catatan di bahagian Comments berdasarkan
1. Pengalaman mendengar penjelasan kawan ATAU
2. Pengalaman melalui latihan itu.

Tiada had bagi catatan kamu itu. Ia harus dibuat pada waktu kelas.

Terima kasih.

Cikgu Azizah.Ahmad

Wednesday, January 12, 2011

Sesi Bacaan Minggu 2 - anak seni


Para pelajar arif budiman,

Sila baca cerita yang diberi. Cerita ini boleh didapati daripada lelaman NLB. Kamu dikehendaki mengenalpasti beberapa perkara dalam cerpen ini.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan anak seni?

2. Siapakah watak-watak yang terdapat dalam cerita ini?

3. Apakah pengajaran yang boleh diraih daripada cerita ini?

4. Apakah perkara yang boleh diterapkan dalam kehidupan kamu?

Sila letakkan catatan kamu dalam di bahagian Comments. Tugasan ini perlu diselesaikan sebelum hari Isnin, 17 Januari 2011.

Terima kasih.


Salam mesra,
Cikgu Azizah.Ahmad

Monday, January 3, 2011

Minggu pertama! Kenangan 2010




Para pelajar yang arif budiman,


Selamat tahun baru! Semoga tahun ini akan menjanjikan sesuatu yang lebih bermakna untuk kita semua.

Sila kongsi apakah yang kamu fikirkan apabila melihat gambar-gambar ini semua atau gambar yang tertentu. Catatan kamu bolehlah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Kita akan paparkan catatan kamu minggu depan.

Terima kasih.



Salam mesra,
Cikgu Azizah Bte Ahmad